Monday, 2 November 2009

Kembara DiBumi Para Anbia..Quinetra








k
a

Disini jualah telah menjadi saksi kesan peperangan yang memusnahkan peradaban Manusia, Apa bila manusia sudah hilang pertimbangan, sudah hilang akal kewarasan, nafsu Amarah menjadi ikutan, maka datanglah kemusnahan, membinasakan ketamadunan manusia, inilah buktinya..


Maka saksikanlah sifat manusia yang tidak mahu berkongsi nikmat dan yang buta akal, buta sifat belas kasihan,buta simpata, buta akal, buta pekerti, buta akan segalanya, yang celik hanyalah keegoan,celik untuk memusnahkan ,celik untuk menjarah, celik untuk membunuh, maka hilanglah erti kemaafan, erti kasih sayang,

Kembara Di Bumi Para Anbia ..Quneitra

Quneitra (also Al Qunaytirah, Qunaitira, or Kuneitra; Arabic: القنيطرة‎) salah sebuah wilayah di Barat Daya Syria, lokasi GPRS adalah 33°07′32″N 35°49′26″E , Pada awalnya ianya merupaka Wilayah Syria yang diwarisi dari Empayar Ottoman, disebabkan ianya terletak Di lembah Bukit Golan, bersempadan Palestine yang sekarang dijarah oleh Israel, pada 10 Jun 1967, akibat dari kesan Perang 6 hari Ataupun Epik Perang "Yom Kippur" wilayah ini terletak di bawak taklukan Israel, namun pada 1973, Tentera Syria telah menawan kembali wilayah ini, dan hampir keseluruhan wilayah ini hampir musnah hanya tinggal kesan peperang kalah jadi abu menag jadi arang,
dan sekarang wilayah ini ditadbir di bawah perjanjian gencatan senjata oleh
United Nations Disengagement Observer Force (UNDOF) Zone, antara kerajaan Syria Dan Israel, PBB telah mengkritik hebat Israel kerana menghancurkan kawasan ini dan Israel mengkririk kembali Syria kerana tidak membangunkan Wilayah ini,aku coretkan kembali mengapa kawasan ini menjadi rebutan, sebelum ini aku pernah menulis bahawa wilayah ini merupakan tanah yang subur,penempatan yang strategik, dan merupakan kawasan tadahan air, sepertama kali aku menjejakkan kaki ku disini ,aku termangu takjub melihat keindahan bumi ini seperti Sebuah Syurga Dunia

Lihat sahajalaj Air Sungainya yang jernih mengalir

Maka lihat sajalah mukabuminya yang luas terbentang,
Dan Kutatapkan Keindahan tanamannya yang subur menghijau, membuatkan aku sayup terkenang akan tanahair dan akan kesudahan tempat ini yang indah tetapi dipenuhi api dendam dengan sikap tamak haloba manusia yang akan memusnahkan segala keindahan dan kedamaian disini

ini merupaka kawasan empangan yang menempatkan sumber minuman untuk warga Damascus, ada seorang Orientalis Barat pernah menulis perihal bukunya ,yang aku sudah terlupa akan tajuk dan namanya, ia mengatakan bahawa parang pengembara , pelawat ataupun penziarah yang kali pertama melawat Bumi Syria jika mereka meminum air dari sungai atau pun mana mana sumber , maka mereka akan datang kembali disini untuk ziarah seterusnya, kerana bumi Syria menerima mereka sebagai tanda bersahabat dengan alam yang indah ini,

Monday, 26 October 2009

aku yang tenggelam


hari ini penuh dengan kecurahan kebosanan
yang menanah menjadi penuh kekecewaan
akibat aku leka dan khayal...dan mimpi menemani
untuk menjahanamkan mereka yang tidak tahu apa itu penghargaan
dan cukup menyedarkan aku...apakah aku mampu menahan kehanyutan ini...
dari api amarah lucifer yang menemani aku buat seketika..
dan melukiskan khayalan dan mimpi ku dan segala tinta kepasrahan
beginilah aku yang didalam pergelutan kepekatan dendam..
apakah mampu untuk aku mendapat bisikan walau seketika panggilan

lalu kulepaskan amarah ku merentasi segenap benua,..
aku lepas kan segalanya,.. rasakan segalanya
ku menjadi khayal semula, ditemani api sang Diablo....
yang tiada kesudahan dengan bisikan dari Azazel
maka datanglah Dasim dan Zaknabur melakukan tugasnya

maka tewaslah mereka
mimpilah lah mereka dilayarkan oleh saudagar angan

inilah namanya kekecewaan,..
hadiah untuk mereka yang merelakan segalanya
hanya degupan dan nadi yang memahaminya...
beginilah akal ku menerimanya..selamanya..

Thursday, 15 October 2009

Ku Ucapkan Salam Takziah Buat kalian


Baru beberapa hari aku menerima berita Bapa rakan ku sudah kembali ke rahmatullah

dan selang kemudian berita rakan dan kenalan lain ku kehilangan anaknya.....masih kecil...

aku fikirkan aku sahaja yang bermasalah besar didalam dunia ini dan kurang bernasib baik

ada umat yang lebih musibah dari ku....aku fikir aku masih didalam kesesatan....

beruntunglah mereka yang masih ada orang yang tersayang...

aku teringatkan akan lagu lagu nusantara M.Nasir Di jalan Sesat.....

D G
Oh... Tuhan

Em C
Tidaklah aku layak

D
Untuk SyurgaMu

Em C G
Namun aku tak berdaya

Am D
Menahan panas NerakaMu

Ku amin kan doa sekalian alam buat kalian moga roh dicucuri rahmat...

Tuesday, 6 October 2009

Deklamasi Duit


nah ini adalah duit Syria



akan kucoretkan apa yang terlintas dipemikiranku
semasa aku berada dibumi Syeikh Al-Assad ini



Duit, Duit Segalanya

Ada fulus Semua lulus
tada FulusLubang kecik pun takbleh tembus

duit dimana kau duit, kamulah punca aku menggelabah
tanpa duit kita semua sampah
diakui dengan bersumpah
dituruti dengan menyumpah
seterusnya menjadi disumpah
dan kemudiannya bertukar menjadi sesumpah

duit adalah "icon" peradaban
tanpa duit musnahlah peradaban,
dan menggelabah tahap gaban
dan seterusnya kena bahan

Duit Aku rindukan kamu
datanglah menghampiri ku
agar hilang segala rindu
jangan sampai haru biru

Nyatalah Duit Ini satu fantasi
tidak akan menjadi basi
nilai kemahuan yang perlu Di isi
dan senantiasa perlu ada disisi

aku tidak berjaya menahan godaan
dek deklamasi bisikan syaitan
yang suka membawa aku kelembah kesesatan
dah akhirnya membuat aku lemah pengsan

kadang kadang aku cuba memahami kamu
cuma kamu diam seribu membisu
semakin aku termangu-mangu
seolah menanti hukuman dari Hulagu

Akulah yang akan mencintai kamu
sehingga akhir masa tanpa ilmu
Tiada apa yang akan ku ragu
terpedayakah aku

ikutlah segala ragu kemahuan
yang tidak berkeruan
untuk mereka yang mahu bergelar tuan
yang haus dan hanyut dalam kepiluan

akhirnya aku lemah kepeningan
bagai hilang ingatan
segalanya hanya angan
disebalik sebuah kenangan



kembara Padang pasir al-damascus

ini merupakan salah 1 kota yang dibina dizaman pemerintahan salahudin


Tugu peringatan Salahudin Al-Ayubi sempena memperingati kemenangan memerangi tentera salib

Makan Salahudin

Inilah wajah salahudin yang di potretkan dimakamnya

lorong sebuah muzium
Commercial bank of syria
sebuah masjid diantara beribu-ribu buah masjid di kota Damascus

Kembara Di Padang Pasir



Damascus (Arabic: دمشق‎, Dimashq,lebih dikenali الشام ash-Shām juga dikenali sebagai kota Jasmin Arabic: مدينة الياسمين‎Damascus, Damsyik, nama nama kota Syria,kota dimana peradaban manusia bermula, dari zaman kegelapan dimana banyak cabang ilmu bermula disini, disinilah sebuah kota dibina dengan 7 buah pintu semuanya, setiap 1 nya mewakili sebuah nama yang ada maknanya,sebuah kota tertua didunia dan masih diduduki sehingga sekarang,dan disinilah cendikiawan islam Abū Naṣr al-Fārābi (أبو نصر محمد الفارابي - Abū Naṣr Muḥammad al-Fārābi
yang merupakan seorang saintis dan ahli falsafah ,dimana cabang ilmunya dari psikologi,sosiologi, cosmologist@ahli falak, pakar logik, pemuzik mengembangkan ilmunya, dan menjadi rujukan peradaban seterusnya,