Tuesday 6 October 2009

Deklamasi Duit


nah ini adalah duit Syria



akan kucoretkan apa yang terlintas dipemikiranku
semasa aku berada dibumi Syeikh Al-Assad ini



Duit, Duit Segalanya

Ada fulus Semua lulus
tada FulusLubang kecik pun takbleh tembus

duit dimana kau duit, kamulah punca aku menggelabah
tanpa duit kita semua sampah
diakui dengan bersumpah
dituruti dengan menyumpah
seterusnya menjadi disumpah
dan kemudiannya bertukar menjadi sesumpah

duit adalah "icon" peradaban
tanpa duit musnahlah peradaban,
dan menggelabah tahap gaban
dan seterusnya kena bahan

Duit Aku rindukan kamu
datanglah menghampiri ku
agar hilang segala rindu
jangan sampai haru biru

Nyatalah Duit Ini satu fantasi
tidak akan menjadi basi
nilai kemahuan yang perlu Di isi
dan senantiasa perlu ada disisi

aku tidak berjaya menahan godaan
dek deklamasi bisikan syaitan
yang suka membawa aku kelembah kesesatan
dah akhirnya membuat aku lemah pengsan

kadang kadang aku cuba memahami kamu
cuma kamu diam seribu membisu
semakin aku termangu-mangu
seolah menanti hukuman dari Hulagu

Akulah yang akan mencintai kamu
sehingga akhir masa tanpa ilmu
Tiada apa yang akan ku ragu
terpedayakah aku

ikutlah segala ragu kemahuan
yang tidak berkeruan
untuk mereka yang mahu bergelar tuan
yang haus dan hanyut dalam kepiluan

akhirnya aku lemah kepeningan
bagai hilang ingatan
segalanya hanya angan
disebalik sebuah kenangan



No comments:

Post a Comment