Sunday 30 August 2009

Kembara Di Bumi Para Anbia











perjalanan ku di syria dulu, aku sempat ke Aleppo,Ali Atappo, Atau Apa Apa sajalah,ku kenal ,padanla ada bas tak mau ambil dia naik. kota lama disana, nama lamanya menurut pak Sheikh arab disana Halab,bermaksud besi atau gangsa, dari bahasa lama merekatidak diketahui bahasa arab ataupon bahasa lain,aku pon tak tau berapa banyak bahasa yang mereka ada, dan berapa banyak dah bertukar bahasa, jika Dewan Bahasa dan Pustaka Ditubuhkan disini aku tak tau berapa banyak penterjemah yang digajinya dan berapa banyak peperiksaan bahasa yang nak disuruh ambilnya, dan aku sempat melawat istana yang telah wujud dari zaman empayar Bizantine.kemudian bertukar tangan setelah kalah peperangan dan dipajak pada Khalid ibn al-Walid tahun 637 masehi,Kemudian bertukar tangan lagi dengan banyak pihak sehinggalah jatuh pada kerajaan Mamluks,dan kota ini pernah diserang oleh tentera salib semasa pemerintahan salahudin al-ayubi, dan banyak cerita sejarah yang berliku liku, dan berbelit belit,kalau nak tahu Detail cariklah pada www.wikipedia.com....

tapi tak mengapa akan ku ceritak sedit demi sedikit

citadel of aleppo, bermaksud Kubu Aleppo, binaan zaman "medieval" atau zaman pertengahan tamadun manusia,yang terletak ditengah
tengah bandar lama Aleppo,dibahagian utara Syria,dikaregorikan sebagai istana terbesar dan terlama didunia,Sejarah pembinaannya bermula
pada abad Ke3 sebelum masehi,dan seterusnya dijajah oleh berbeza tamadun, seperti greeks, byzantines, kerajaan islam salehudin dan empayar mamluks
sebahagian pembinaannya yang masih wujud sekarang adalah dibuat semasa pemerintahan pang lima perang Salahudin al-ayubi,bahan asas pembinaannya
adalah batu kapur,

permulaanya ianya merupakan tapak Kuil purda Dewa yang memgawal ribut, HADAD, sekitar kurun ke 3 sebelum masehi, dipercayai juga dan telah diceritakan oleh
rakyat tempatan, Nabi Ibrahim A.S mengembala biri biri disini, dan seterusnya puak assyrians menakluki kawasan ini pada kurun ke4 sehingga kurun kr 8
sebelum masehi, seterusnya kerajaan parsi pada 539-ke 333

kerajaan Rom dan Byzantine
selepas kerajaan rom menewaskan greeks, pada 65 sebelum masehi,kubu ini menjadi pusat keagamaan,pada 636 selepas masehi, tentera islam telah menawan dan tiada
banyak rekod yang diketahi pada masa itu,

Dewa



Semala Aku berjuma dengan rakan ku dari Batu Gua dan seorang lagi kerjanya menukar tiub, katanya kami ada Dewa baru,namanya Murujib,....aku pon tak percaya, diberinya aku buktinya,..dimintanya aku sebarkan Seantero Cakrawala,...aku takut takut jua, takut nanti ada gerombolan sang algojo mancari aku, nanti aku badan aku di keratnya...nah tatap lah sementara boleh....

Jalan Mahkamah


Dijalan ini ,aku teringatkan sebuah kisah, perihal undang-undang yang buta,kisah seorang ayah yang kematian anaknya, al-kisahnya, sianak ini bekerja dengan "Gergasi Elektrik", Datang "Izrofil" menjalankan tugasnya bila tiba saatnya, yang tinggal tetap tinggal, yang pergi terus abadi, sang "Borjuis@bourgeouis" merumuskan nyawa anaknya berharga RM1,700. sahaja,tidak lebih dan tidak kurang, Si Ayah yang "Ploteriat" merundum geram yang menjadi dendam, pergilah si ayah yang kekurangan ini ke pentas keadilan menuntut segalanya.Dengan tekadnya, Siayah sendiri akan mewakili dirinya dan anaknya yang telah pergi atas dasar kedaifan,hari pertama sang Hakim meminta si Ayah menyoal mereka yang dipertahankan, terbuka mulut si ayah terpacullah soalan yang kerkapai-kapai dan tunggang langgang kerana dia bukan sipendakwa dan sipembela yang termahir,dewan sunyi seketika dan masa ketika itu seolah menunjukkan simpati pada siayah,yang mungkin takkan dilupakan saat ini oleh semua umat yang hadir, atas dasar kemanusiaan kata sang hakim “Uncle, you tangguh dulu. You balik sedia you punya kes betul-betul uncle”. takkan ku lupakan ungkapan ini dari sang hakim yang cuba bertindak seadil adilnya,,namun semangat dan kasih sayang seorang Ayah demi keadilan anaknya. Tujuh bulan berlalu dan semasa tujuh bulan ini, siayah tua ini telah mentelaah segala kitab/buku/ perihal pelbagai kanun dan juga nasihat dari barisan pembela yang bersimpati dengan beliau,ada jua sepembela yang menawarkan diri tapi tekad siayah di tidak perlukan sesiapa.inilah perjuangan yang siayah perlu noktahkan sendiri,setelah 7 purnama pentas keadilan dibuka semula, dengan kuasa Tuhan sekalian alam, Siayah tehah menang, dan mendapat pampasam RM90,000. tetapi kata siayah duit bukanlah segalanya, nyawa tidak dapat ganti dengan duit,kata siayah ini adalah kisah pengajaran tentang kemanusiaan, tentang erti sebuah kehidupan dan erti kasih sayang kekeluargaan,

Kurasa diriku menjadi kerdil seketika , ku tenung langit biru nan jauh lagi luas kemudian ku tunduk ke tanah dimana segalanya akan tamat,adakalanya dalam kehidupan, menang tidak membawa apa-apa kebahagian dan dalam kekalahan kadangkala ada kemenangan
terpulanglah pada "Umat Muhammad" pilihlah mahukan Dosa atau Pahala....

Saturday 29 August 2009

DIMANA KAU WAHAI RAKAN KU



Wahai Rakan Ukhwah ku,Di mana Di kau Berada, jawablah salam ku, Lebarkan Sayap Salam Mu, Kerna Ku Kira Perhitungan Kita Belum Selesai.....Mahukah atau mampukah aku selesaikannya.....

CATATAN DIBUMI PARA ANBIA


Di Jendela ini segalanya Bermula,
Di Jendela ini Segala Epilog-Epilog Akan Bermula,
Di jendela ini Aku Merenung Masa Kelam Ku
Di Jendela ini Aku menghabiskan Masa Genapku
Di Jendela ini Ku Tarik Sebak Nafasku
Di Jendela ini Ku Hirup Kesegaran Untukku
Di Jendela ini Ku Tadbir sebuah angan
Di Jendela ini Kurenung Kejauhan yang kelam
Di Jendela ini segalanya berhenti seketika
Di Jendela ini Ku Hempaskan Segala Dendam ku
Di Jendela ini Ku Siat yang Tersurat dan tersirat
Di jendela ini Ku Tahan Semua Godaan ku
Di Jendela ini ku tinggalkan fikiran ku
Di Jendela ini Bermulalah pencarian ku

UCAPAN UNTUK HARI INI


KATA HUGO CHAVEZ...

Rise Up AGAINST The EMPIRE.....

MAKANAN DIBUMI PADANG PASIR



Semasa aku berlabuh disini, perbezaan makanan tiada masalah untuk aku,tetapi mengambil masa untuk aku "menyesesuaikan" Tekak "KeMELAYAAN" aku, yang berempah dan pedas, tetapi aku tewas dalam goadaan ini dan "Trofi" aku adalah Cirit Birit, dan aku tahu puncanya....

UCAPAN UNTUK HARI INI


I ain't got no quarrel with them Viet Cong ... They never called me nigger. Ucapan terkenal Muhammad Ali pada 1966 setelah menolak permintaan Kerajaan U.S untuk menyertai pasukan tentera dan berkhidmat di Vietnam

Catatan Di Bumi Para Anbia






catatan ini sudah aku tuliskan sebelum ini,cuma atas kertas, catatan aku di Bumi "Para Anbia", Syria nama lamanya al"Sham", Assyriaa"..Assuria..dan entah apa apa lagi yang aku tak tahu,negara di Asia Barat, bersempadan dengan Lebanon, dan lautan Mediterranean disebelah Barat, Turki disebelah Utara, Iraw yang "Caca Marba" Akibat perang disebelah Timur, Jordan disebelah Selatan dan Barat Selatan Israel, merupakan pusat tamadun terawal didunia, Damascus,..Bandar Tertua Di Dunia,..pada aku segala galanya tua disini..

Gerakan Mansuhkan ISA




































Pada 1.8.2009, ramai anak anak muda telah tampil ke jalanan menuntut agar dimansuhkan ISA, tiada apa yang dapat menahan naluri anak anak muda yang berani ini. Walaupun berdepan dengan Pasukan Keselamatan yang terlatih dan lengkap bersenjata, anak anak muda ini terus gagah dengan tentangan serta Ideologi mereka,Jika ini yang kamu pilih Tahniah di ucapkan pada anak anak muda golongan KIRI ini.

Manakala Disebelah lain Pula

Anak-anak muda dari golongan KANAN bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan, jalankanlah tugas kamu dengan dedikasi dan semangat berpasukan jika ini yang kamu pilih