Monday 2 November 2009

Kembara Di Bumi Para Anbia ..Quneitra

Quneitra (also Al Qunaytirah, Qunaitira, or Kuneitra; Arabic: القنيطرة‎) salah sebuah wilayah di Barat Daya Syria, lokasi GPRS adalah 33°07′32″N 35°49′26″E , Pada awalnya ianya merupaka Wilayah Syria yang diwarisi dari Empayar Ottoman, disebabkan ianya terletak Di lembah Bukit Golan, bersempadan Palestine yang sekarang dijarah oleh Israel, pada 10 Jun 1967, akibat dari kesan Perang 6 hari Ataupun Epik Perang "Yom Kippur" wilayah ini terletak di bawak taklukan Israel, namun pada 1973, Tentera Syria telah menawan kembali wilayah ini, dan hampir keseluruhan wilayah ini hampir musnah hanya tinggal kesan peperang kalah jadi abu menag jadi arang,
dan sekarang wilayah ini ditadbir di bawah perjanjian gencatan senjata oleh
United Nations Disengagement Observer Force (UNDOF) Zone, antara kerajaan Syria Dan Israel, PBB telah mengkritik hebat Israel kerana menghancurkan kawasan ini dan Israel mengkririk kembali Syria kerana tidak membangunkan Wilayah ini,aku coretkan kembali mengapa kawasan ini menjadi rebutan, sebelum ini aku pernah menulis bahawa wilayah ini merupakan tanah yang subur,penempatan yang strategik, dan merupakan kawasan tadahan air, sepertama kali aku menjejakkan kaki ku disini ,aku termangu takjub melihat keindahan bumi ini seperti Sebuah Syurga Dunia

Lihat sahajalaj Air Sungainya yang jernih mengalir

Maka lihat sajalah mukabuminya yang luas terbentang,
Dan Kutatapkan Keindahan tanamannya yang subur menghijau, membuatkan aku sayup terkenang akan tanahair dan akan kesudahan tempat ini yang indah tetapi dipenuhi api dendam dengan sikap tamak haloba manusia yang akan memusnahkan segala keindahan dan kedamaian disini

ini merupaka kawasan empangan yang menempatkan sumber minuman untuk warga Damascus, ada seorang Orientalis Barat pernah menulis perihal bukunya ,yang aku sudah terlupa akan tajuk dan namanya, ia mengatakan bahawa parang pengembara , pelawat ataupun penziarah yang kali pertama melawat Bumi Syria jika mereka meminum air dari sungai atau pun mana mana sumber , maka mereka akan datang kembali disini untuk ziarah seterusnya, kerana bumi Syria menerima mereka sebagai tanda bersahabat dengan alam yang indah ini,

No comments:

Post a Comment