Wednesday, 18 November 2009

Kembara Dibumi Para Anbia, Selatan Israel
























Nah Saksikan bukti Kebiadapan perang, menang jadi arang,kalah jadi abu...

Monday, 2 November 2009

Kembara Dibumi Para Anbia..Sempadan Israel









Dalam Perjalanan ku kebukit Golan Aku betul betul berada dalam kawasan kekuasaan Israel, hanya pagar berduri saja memisahkan aku, aku dapat melihat betul betul kemusnahan yang dilakukan atas nama peperangan, akan aku cuba menyeludup masuk kedalam kawasan yang penuh kemusnahan.

Kembara DiBumi Para Anbia..Quinetra








k
a

Disini jualah telah menjadi saksi kesan peperangan yang memusnahkan peradaban Manusia, Apa bila manusia sudah hilang pertimbangan, sudah hilang akal kewarasan, nafsu Amarah menjadi ikutan, maka datanglah kemusnahan, membinasakan ketamadunan manusia, inilah buktinya..


Maka saksikanlah sifat manusia yang tidak mahu berkongsi nikmat dan yang buta akal, buta sifat belas kasihan,buta simpata, buta akal, buta pekerti, buta akan segalanya, yang celik hanyalah keegoan,celik untuk memusnahkan ,celik untuk menjarah, celik untuk membunuh, maka hilanglah erti kemaafan, erti kasih sayang,

Kembara Di Bumi Para Anbia ..Quneitra

Quneitra (also Al Qunaytirah, Qunaitira, or Kuneitra; Arabic: القنيطرة‎) salah sebuah wilayah di Barat Daya Syria, lokasi GPRS adalah 33°07′32″N 35°49′26″E , Pada awalnya ianya merupaka Wilayah Syria yang diwarisi dari Empayar Ottoman, disebabkan ianya terletak Di lembah Bukit Golan, bersempadan Palestine yang sekarang dijarah oleh Israel, pada 10 Jun 1967, akibat dari kesan Perang 6 hari Ataupun Epik Perang "Yom Kippur" wilayah ini terletak di bawak taklukan Israel, namun pada 1973, Tentera Syria telah menawan kembali wilayah ini, dan hampir keseluruhan wilayah ini hampir musnah hanya tinggal kesan peperang kalah jadi abu menag jadi arang,
dan sekarang wilayah ini ditadbir di bawah perjanjian gencatan senjata oleh
United Nations Disengagement Observer Force (UNDOF) Zone, antara kerajaan Syria Dan Israel, PBB telah mengkritik hebat Israel kerana menghancurkan kawasan ini dan Israel mengkririk kembali Syria kerana tidak membangunkan Wilayah ini,aku coretkan kembali mengapa kawasan ini menjadi rebutan, sebelum ini aku pernah menulis bahawa wilayah ini merupakan tanah yang subur,penempatan yang strategik, dan merupakan kawasan tadahan air, sepertama kali aku menjejakkan kaki ku disini ,aku termangu takjub melihat keindahan bumi ini seperti Sebuah Syurga Dunia

Lihat sahajalaj Air Sungainya yang jernih mengalir

Maka lihat sajalah mukabuminya yang luas terbentang,
Dan Kutatapkan Keindahan tanamannya yang subur menghijau, membuatkan aku sayup terkenang akan tanahair dan akan kesudahan tempat ini yang indah tetapi dipenuhi api dendam dengan sikap tamak haloba manusia yang akan memusnahkan segala keindahan dan kedamaian disini

ini merupaka kawasan empangan yang menempatkan sumber minuman untuk warga Damascus, ada seorang Orientalis Barat pernah menulis perihal bukunya ,yang aku sudah terlupa akan tajuk dan namanya, ia mengatakan bahawa parang pengembara , pelawat ataupun penziarah yang kali pertama melawat Bumi Syria jika mereka meminum air dari sungai atau pun mana mana sumber , maka mereka akan datang kembali disini untuk ziarah seterusnya, kerana bumi Syria menerima mereka sebagai tanda bersahabat dengan alam yang indah ini,

Monday, 26 October 2009

aku yang tenggelam


hari ini penuh dengan kecurahan kebosanan
yang menanah menjadi penuh kekecewaan
akibat aku leka dan khayal...dan mimpi menemani
untuk menjahanamkan mereka yang tidak tahu apa itu penghargaan
dan cukup menyedarkan aku...apakah aku mampu menahan kehanyutan ini...
dari api amarah lucifer yang menemani aku buat seketika..
dan melukiskan khayalan dan mimpi ku dan segala tinta kepasrahan
beginilah aku yang didalam pergelutan kepekatan dendam..
apakah mampu untuk aku mendapat bisikan walau seketika panggilan

lalu kulepaskan amarah ku merentasi segenap benua,..
aku lepas kan segalanya,.. rasakan segalanya
ku menjadi khayal semula, ditemani api sang Diablo....
yang tiada kesudahan dengan bisikan dari Azazel
maka datanglah Dasim dan Zaknabur melakukan tugasnya

maka tewaslah mereka
mimpilah lah mereka dilayarkan oleh saudagar angan

inilah namanya kekecewaan,..
hadiah untuk mereka yang merelakan segalanya
hanya degupan dan nadi yang memahaminya...
beginilah akal ku menerimanya..selamanya..