Wednesday, 30 September 2009

Aku Sebatang Tiang Lampu




AKu Yang menerangi kamu
ini lah kisah yang akan ku puitiskan
tentang aku yang banyak berjasa pada kamu
namun tidak diendah diam membisu

aku tetap menerangi sekian alam
kata sesetengah orang, aku diperah sehabis tenaga
setelah untung dihitung,
namun rugi berayun ayun yang diberitakan


terus layu bagaikan dedalu
lesap dimamah parasit

sini jua mereka yang meningkat dewasa
memadu cinta dan asmara yang dalamnya sedalam perigi buta

akulah saksi segala galanya

dulu ada kisah perihalku yang diceritakan oleh orang politikus
mengisahkan seorang yang cukup gagah nafsunya...
hingga dihikayatkan kalau aku di"makeup"kan dan di "skirtkan"
akan dibantai jua lah aku

sudah nasib ku menjadi bahan umpatan
namun aku banyak berjasa kepada kamu
terutama mereka yang hatinya gelap gelita...

cubalah kamu rasakan apa yang aku rasakan
berdiri kaku dan terus kaku...
itulah aku..si tiang lampu

Saturday, 19 September 2009

selamat hari raya aidilfitri

selamat hari raya,maka dengan ini tamatlah perjuangan kita menentang hawa nafsu......

Anak ayam naik lori
Selamat hari raya aidilfitri


Maaf zahir dan batin

Friday, 18 September 2009

Cosa Nostra...

Perang Besar Dua Keluarga Diraja…


Oleh AU YEONG HOW
KUALA LUMPUR: Cucu kepada Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang ke-10, Tuanku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar tengah hari Rabu menuntut pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap Raja Muda Johor, Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar Tunku Ibrahim yang didakwa menculik, menyerang dan menahannya tanpa kerelaan pada awal pagi 25 Oktober tahun lalu.
Menurut Tuanku Nadzimuddin, beliau telah diserang oleh Raja Muda Johor dengan sepucuk pistol di bahagian muka dan kepala sehingga beliau mengalami keretakan pada tulang hidung dan kecederaan serius yang lain.
“Selepas 11 bulan, Raja Muda Johor dan pengawal peribadinya belum lagi didakwa di mahkamah untuk menghadapi tuduhan mencederakan saya dengan sepucuk pistol.
“Mereka juga belum didakwa menculik dan menahan tanpa kerelaan saya,” katanya dalam satu sidang akhbar yang turut dihadiri bondanya, Tunku Dara Naquiah Tuanku Ja’afar.
Tunku Dara Naquiah adalah puteri kepada Almarhum Tuanku Ja’afar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman. Kedua-dua Almarhum Tuanku Ja’afar dan Tuanku Abdul Rahman juga pernah menjadi Yang di-Pertuan Agong.
Tuanku Abdul Rahman adalah Yang di-Pertuan Agong yang pertama dan potret baginda menghiasi kesemua mata wang kertas negara.
Isu berhubung insiden ini hanya muncul sekarang kerana difahamkan kedua-dua belah pihak cuba menyelesaikannya melalui peguam masing-masing.
Menurut Tuanku Nadzimuddin, ekoran insiden tersebut, beliau telah membuat satu laporan polis di Balai Polis Dang Wangi pada 26 Oktober 2008 dan mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur.
Bagaimanapun, beliau kecewa kerana selepas laporan polis dibuat, tiada apa-apa tindakan diambil sehingga ke hari ini.
“Apa yang boleh saya simpulkan ialah tiadanya tindakan diambil untuk mendakwa pihak yang telah mencedera dan menahan saya tanpa kerelaan. Polis pernah memberi jaminan akan melakukan siasatan secara adil tanpa rasa takut atau pilih kasih.
“Saya juga dijamin semua orang adalah tertakluk kepada undang-undang dan penyerangnya akan dihadapkan ke mahkamah untuk menghadapi dakwaan. Bagaimanapun, saya telah dan terkejut tiada apa-apa tindakan diambil sehinggalah ke saat ini,” katanya.
Mengulas lanjut, Tuanku Nadzimuddin memberitahu, beliau berada di Kelab Heritage Mansion dengan teman wanitanya (kini telah pun menjadi isterinya) untuk menemui kawan-kawan mereka.
Menurutnya, ketika berada di situ, kawan-kawannya telah diserang oleh beberapa orang yang mendakwa diri mereka adalah pengawal peribadi Raja Muda Johor.


Cucu kepada Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang ke-10, Tuanku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar menunjukkan gambar kecederaan yang dialaminya selepas didakwa diserang oleh Raja Muda Johor, Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar Tunku Ibrahim pada 25 Oktober tahun lalu – foto THE STAR oleh RICKY LAI

“Dua kawan saya cedera. Pengawal kelab menghentikan serangan tersebut. Kami beredar meninggalkan kelab tersebut. Saya dipanggil oleh seseorang yang tidak dikenali mendakwa Raja Muda Johor ingin berjumpa dengan saya di Hotel Crowne Plaza, Jalan Sultan Ismail untuk meminta maaf.
“Saya bersama dengan teman wanita dan kawan-kawan saya termasuk yang cedera pergi ke situ,” ujarnya.
Tuanku Nadzimuddin berkata, mereka tunggu di lobi hotel tersebut sebelum beliau diculik di lif hotel Crowne Plaza Mutiara dan diacukan dengan pistol.
“Apabila berada dalam lif, Raja Muda Johor telah memukul saya di muka dan kepala dengan sepucuk pistol. Raja Muda Johor juga menghalakan pistol itu ke kepala saya. Kawan saya yang berada di lif pula dipukul sehingga pengsan.
“Apabila lif itu berhenti di tingkat 25, kami dipaksa memasuki sebuah bilik. Saya melihat kawan saya itu ditarik masuk ke satu bilik dan dibiarkan pengsan di atas lantai,” katanya.
Menurut Tuanku Nadzimuddin, mereka ditawan di dalam bilik tersebut oleh pengawal-pengawal pribadi Raja Muda Johor sehinggalah bondanya, Tunku Dara Naquiah Tuanku Jaafar ditemani ayahanda saudaranya, Tunku Panglima Besar Tunku Nadzaruddin Ibni Tunku Jaa’far menyelamatkan mereka bersama empat pegawai polis.
Ketika ‘gerakan menyelamat’ itu dilakukan, Tuanku Nadzimuddin berkata, Raja Muda Johor telah pun meninggalkan hotel berkenaan.

Akhirnya Rakan Ukhwah Ku Tumpas Jua

En.Nordin Mat Top, Din Moch Top, Muh Top, Mat Top, @ Moneyman, akhirnya tamat jua segala epilog kamu,

Semua ini berlaku secara drastik kerana khabarnya ada ura-ura Abng Tiri kamu Si Obama
hendak melawat rumah lamanya,

maka dengan itu segala pembersihan dan pencucian haruslah dijalankan....

Selamat jalan Wahai Komrad Ku

Selamat Meninggalkan Dunia

Thursday, 17 September 2009

Selamat Jalan Patrick Swayze, Selamat Jalan Mary,


Selamat jalan Patrick Swayze, walaupun aku kurang menonton filem-filem kamu







Selamat jalan Mary Travers,






trio Peter, Paul and Mary,



akan sentiasa ku ingat lagu lagu mu, yang menjad siulan demi siulan dari generasi dahulu dan seterusnya,

akan terus ku mainkan jika jiwa ku ingin berevolusi

Selamat jalan wahai Mary Travers......

Hold me like youll never let me go
cause Im leavin on a jet plane
Dont know when Ill be back again

kembara padang pasir di Jabbal Bloudant







nah kiteka gambar ini diambil aku berada di Jabbal Bludant,....Jabbal bermaksud Bukit, mengingatkan aku karektor filem STAR WARS, Jabbal the Hut...mungkin badannya yang besar macam bukit membuatkannya digelar sebegitu,...terkenal dengan pusat peranginan,ketika aku datang, langit kelihatan mendung,..aku menyangkakan yang hujan akan turun, tetapi lain pula yang hinggap diatas kepala ku,setelah kuamati, kalau di tanah Air, seakan akan ais yang telah di Kisar oleh "mamak Cendol". tinggal ku kira meletakkan bahan lain sahaja seperti jagung, sirap, kacang , agar agar dan sebagainya,.tapi begitulah rupa salji yang sebenar, ais yang telah di kisar.....tempat ini terletak betul betul diatas bukit,tidak banyak pusat pelancungan,diatasnya melainkan dibawahnya,kepala ku sedikit pening akibat pancaran cahaya matahari yang memantul dari salji ini, aku baru sahaja 2 jam berada diatas bukit ini, kepalaku sudah berpusing sekelian alam,memang agak meletihkan bergerak didalam salji ini, bayangkan mereka yang berada di Kutub Utara,.

Nah Ini Kisah Sepatuku...(Cerita ini tiada kena mengena dengan persidangan MIC


Nah ini sepatu raya ku yang setia
bertahun berkhidmat dengan ku
ku kisahkan selama mana ia berkhidmat dengan ku

bermula di mana Nelson Mandela menjadi President Kulit Hitam yang pertama di Afrika Selatan

Kurt Cobain membunuh dirinya

Gencatan senjata antara Jordan Dan Israel

Michael Schumacher baru memenangi tempat pertama perlumbaan F1

Jurucakap Semua bangsa adalah Boutros Boutros-Ghali

Waktu itu John Gotti Sedang Dibicarakan,Saddam Hussein Masih Berkuasa

Mereka Belum Kenal Siapa Taliban,Siapa Osama Bin Laden

Gerakan reformasi masih Belum Wujud, Atlantuya Masih Dibawah Umur

Masa itu "Arwah" Micheal Jackson masih hidup dan sedang bertukar kulit

Intel Mengeluarkan Chip yang pertamanya, motherboard paling pantas 386, OS paling canggih windows 3.1

Yasser Arafat masih hidup dan bersalaman dengan Yitzak Rabin dan Disaksikan oleh Bill Clinton

Pablo Escobar Ditembak Mati Oleh Polis Columbia

Hong Kong masih dipajak pada British

DVD Baru hendak diperkenalkan



Tetapi sepatu ini setia berkhidmat pada tuannya, mengekori menyeberangi segala hutan hujan tropika,apatah lagi meronda dan menapak dihutan batu, menggelongsori ribut salji, dan mengharungi padang pasir yang terik