Perang Besar Dua Keluarga Diraja…
Oleh AU YEONG HOW
KUALA LUMPUR: Cucu kepada Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang ke-10, Tuanku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar tengah hari Rabu menuntut pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap Raja Muda Johor, Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar Tunku Ibrahim yang didakwa menculik, menyerang dan menahannya tanpa kerelaan pada awal pagi 25 Oktober tahun lalu.
Menurut Tuanku Nadzimuddin, beliau telah diserang oleh Raja Muda Johor dengan sepucuk pistol di bahagian muka dan kepala sehingga beliau mengalami keretakan pada tulang hidung dan kecederaan serius yang lain.
“Selepas 11 bulan, Raja Muda Johor dan pengawal peribadinya belum lagi didakwa di mahkamah untuk menghadapi tuduhan mencederakan saya dengan sepucuk pistol.
“Mereka juga belum didakwa menculik dan menahan tanpa kerelaan saya,” katanya dalam satu sidang akhbar yang turut dihadiri bondanya, Tunku Dara Naquiah Tuanku Ja’afar.
Tunku Dara Naquiah adalah puteri kepada Almarhum Tuanku Ja’afar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman. Kedua-dua Almarhum Tuanku Ja’afar dan Tuanku Abdul Rahman juga pernah menjadi Yang di-Pertuan Agong.
Tuanku Abdul Rahman adalah Yang di-Pertuan Agong yang pertama dan potret baginda menghiasi kesemua mata wang kertas negara.
Isu berhubung insiden ini hanya muncul sekarang kerana difahamkan kedua-dua belah pihak cuba menyelesaikannya melalui peguam masing-masing.
Menurut Tuanku Nadzimuddin, ekoran insiden tersebut, beliau telah membuat satu laporan polis di Balai Polis Dang Wangi pada 26 Oktober 2008 dan mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur.
Bagaimanapun, beliau kecewa kerana selepas laporan polis dibuat, tiada apa-apa tindakan diambil sehingga ke hari ini.
“Apa yang boleh saya simpulkan ialah tiadanya tindakan diambil untuk mendakwa pihak yang telah mencedera dan menahan saya tanpa kerelaan. Polis pernah memberi jaminan akan melakukan siasatan secara adil tanpa rasa takut atau pilih kasih.
“Saya juga dijamin semua orang adalah tertakluk kepada undang-undang dan penyerangnya akan dihadapkan ke mahkamah untuk menghadapi dakwaan. Bagaimanapun, saya telah dan terkejut tiada apa-apa tindakan diambil sehinggalah ke saat ini,” katanya.
Mengulas lanjut, Tuanku Nadzimuddin memberitahu, beliau berada di Kelab Heritage Mansion dengan teman wanitanya (kini telah pun menjadi isterinya) untuk menemui kawan-kawan mereka.
Menurutnya, ketika berada di situ, kawan-kawannya telah diserang oleh beberapa orang yang mendakwa diri mereka adalah pengawal peribadi Raja Muda Johor.
Cucu kepada Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang ke-10, Tuanku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar menunjukkan gambar kecederaan yang dialaminya selepas didakwa diserang oleh Raja Muda Johor, Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar Tunku Ibrahim pada 25 Oktober tahun lalu – foto THE STAR oleh RICKY LAI
“Dua kawan saya cedera. Pengawal kelab menghentikan serangan tersebut. Kami beredar meninggalkan kelab tersebut. Saya dipanggil oleh seseorang yang tidak dikenali mendakwa Raja Muda Johor ingin berjumpa dengan saya di Hotel Crowne Plaza, Jalan Sultan Ismail untuk meminta maaf.
“Saya bersama dengan teman wanita dan kawan-kawan saya termasuk yang cedera pergi ke situ,” ujarnya.
Tuanku Nadzimuddin berkata, mereka tunggu di lobi hotel tersebut sebelum beliau diculik di lif hotel Crowne Plaza Mutiara dan diacukan dengan pistol.
“Apabila berada dalam lif, Raja Muda Johor telah memukul saya di muka dan kepala dengan sepucuk pistol. Raja Muda Johor juga menghalakan pistol itu ke kepala saya. Kawan saya yang berada di lif pula dipukul sehingga pengsan.
“Apabila lif itu berhenti di tingkat 25, kami dipaksa memasuki sebuah bilik. Saya melihat kawan saya itu ditarik masuk ke satu bilik dan dibiarkan pengsan di atas lantai,” katanya.
Menurut Tuanku Nadzimuddin, mereka ditawan di dalam bilik tersebut oleh pengawal-pengawal pribadi Raja Muda Johor sehinggalah bondanya, Tunku Dara Naquiah Tuanku Jaafar ditemani ayahanda saudaranya, Tunku Panglima Besar Tunku Nadzaruddin Ibni Tunku Jaa’far menyelamatkan mereka bersama empat pegawai polis.
Ketika ‘gerakan menyelamat’ itu dilakukan, Tuanku Nadzimuddin berkata, Raja Muda Johor telah pun meninggalkan hotel berkenaan.

No comments:
Post a Comment