Wednesday 9 December 2009

Kembara Di Bumi Para Anbia...BOSRA






Bosra (Arab: بصرى‎, serta Bostra, Busrana, Bozrah, Bozra, Busra Eski Şam, Busra ash-Sham, Nova Trajana Bostra) adalah sebuah bandar lama diwilayah Syria selatan. Ia salah satu tapak arkeologi utama dan telah diisytiharkan satu UNESCO WORLD HERITAGE SITE.

Di bawah Empayar Rom, Bosra adalah dinamakan semula Nova Trajana Bostra, dan adalah tempat kediaman pemerintah Rom CYRENAICA ketiga, Bandar ini berkembang kerana laluan-laluan perdagangan, . Bandar telah ditawan oleh Persians Sassanid dalam abad ketujuh, dan, dari empayar Bizantium, akhirnya telah ditawan oleh Khalid ibn Walid dalam tahun (634).

Hari ini, Bosra adalah satu tapak utama arkeologi, mengandungi runtuhan binaan daripada tamadun Rom, Bizantium, dan zaman pemerintahan Islam, ciri utamanya pembinaan Rom masih teguh. Setiap tahun terdapat satu pesta muzik kebangsaan dibuat disini. Tidak banyak yang dapat ku catatkan mengai Bosra, cuma ianya satu binaan yang mengagumkan, dimana setelah ribuan tahun, ciri binaan ini masih lagi digunakan terutaman Sistem "Akuastiknya", dimana suara masih boleh didengar dimana mana, walaupun zaman itu pembesar suara belum dicipta, dan kebanyakkan binaan stadium sekarang masih lagi mengikuti ciri ciri binaan ini termasuk stadium Sultan Mizan Zainal Abidin Di Terengganu, walau pun berusia ribuan tahun, ia masih tidak roboh mungkin kerana kontraktor atau pengurusan projek zaman dahulu tidak mengamalkan rasuah, dan mengikuti sistem piawaian antarabangsa, berbanding kontraktor di Terengganu

No comments:

Post a Comment