Tuesday, 24 November 2009

Sakalian Ruang Gegak Gempita

Arakian Semalaman aku menerima titah pengkhabaran untuk mengadap Datuk Seri Maharaja Bendahara Nara Diraja Nina Sura Dewa seraya Orang Orang Kaya Tanah Jajahan dan Takluk mengkehendaki aku bersila menghadap titahnyanya,maka menghadaplah aku menuju dengan segala alat kebesaran dan Paluan ke Balai Rong Seri,..dititahkan dan dikhabarkan dengan segak hemahnya bahawa terdapat khabar yang mengkhabarkan Pacal-Pacalnya senantiasa menjadi Sang Saka Halimunan
nah, perkhabaran ini membuatkan Pacal-Pacalnya gusar masyghullah terhitung masa , Mata-Mata Temenggung atau Awak-Awak Syahbandar manakah mengkhabarkan Pacal-Pacalnya suka menjadi Sang Saka Halimunan, atau
lapuran perkhabaran perisikan dari anak keturunan Raja Mendeliar,entah anak anak didik Sikitul atau pun kerja kerja khianat gerombolan Pengikut Setia Marga Paksi Tujuh Bersaudara.. meriwayatkan dan memungkinkan mereka ini bekerja Ala Agensi perisikan entahkan KGB,MOSSAD,MI6,atau CIA, entahkan SAVAK...

Maka titah Datuk Seri Maharaja Bendahara Nara Diraja Nina Sura Dewa seraya Orang Orang Kaya Tanah Jajahan dan Taklukkepada segala orang oranganya agar bertambah berhati hati takut nanti Pacal-Pacalnya disabitkan dengan kesalahan, maka Hukum Kanun Melaka dan Risalat Hukum Kanun akan diwar warkan, hukumannya tak disula di Hulu Kampung atau dipasung Hilir Istana maka demikianlah seperti yang disuratkan dan diriwayatkan oleh kitab kitab Bunga Rampai Melayu Kuno adanya..

maka teringatkan akan pacal-pacalnya Bait bait terindah Sasterawan negara..mengenai Kebenaran


Setiap yang benar
betapa ditekan
tetap menjalar;
tanpa dibaja,
kan tetap mekar,
tanpa udara pun
kan tetap segar.

Benih Harapan
1973

No comments:

Post a Comment