Arakian Semalaman aku menerima titah pengkhabaran untuk mengadap Datuk Seri Maharaja Bendahara Nara Diraja Nina Sura Dewa seraya Orang Orang Kaya Tanah Jajahan dan Takluk mengkehendaki aku bersila menghadap titahnyanya,maka menghadaplah aku menuju dengan segala alat kebesaran dan Paluan ke Balai Rong Seri,..dititahkan dan dikhabarkan dengan segak hemahnya bahawa terdapat khabar yang mengkhabarkan Pacal-Pacalnya senantiasa menjadi Sang Saka Halimunan
nah, perkhabaran ini membuatkan Pacal-Pacalnya gusar masyghullah terhitung masa , Mata-Mata Temenggung atau Awak-Awak Syahbandar manakah mengkhabarkan Pacal-Pacalnya suka menjadi Sang Saka Halimunan, atau
lapuran perkhabaran perisikan dari anak keturunan Raja Mendeliar,entah anak anak didik Sikitul atau pun kerja kerja khianat gerombolan Pengikut Setia Marga Paksi Tujuh Bersaudara.. meriwayatkan dan memungkinkan mereka ini bekerja Ala Agensi perisikan entahkan KGB,MOSSAD,MI6,atau CIA, entahkan SAVAK...
Maka titah Datuk Seri Maharaja Bendahara Nara Diraja Nina Sura Dewa seraya Orang Orang Kaya Tanah Jajahan dan Taklukkepada segala orang oranganya agar bertambah berhati hati takut nanti Pacal-Pacalnya disabitkan dengan kesalahan, maka Hukum Kanun Melaka dan Risalat Hukum Kanun akan diwar warkan, hukumannya tak disula di Hulu Kampung atau dipasung Hilir Istana maka demikianlah seperti yang disuratkan dan diriwayatkan oleh kitab kitab Bunga Rampai Melayu Kuno adanya..
maka teringatkan akan pacal-pacalnya Bait bait terindah Sasterawan negara..mengenai Kebenaran
Setiap yang benar
betapa ditekan
tetap menjalar;
tanpa dibaja,
kan tetap mekar,
tanpa udara pun
kan tetap segar.
Benih Harapan
1973
Tuesday, 24 November 2009
Wednesday, 18 November 2009
Monday, 2 November 2009
Kembara Dibumi Para Anbia..Sempadan Israel
Kembara DiBumi Para Anbia..Quinetra
k
a
Disini jualah telah menjadi saksi kesan peperangan yang memusnahkan peradaban Manusia, Apa bila manusia sudah hilang pertimbangan, sudah hilang akal kewarasan, nafsu Amarah menjadi ikutan, maka datanglah kemusnahan, membinasakan ketamadunan manusia, inilah buktinya..
Maka saksikanlah sifat manusia yang tidak mahu berkongsi nikmat dan yang buta akal, buta sifat belas kasihan,buta simpata, buta akal, buta pekerti, buta akan segalanya, yang celik hanyalah keegoan,celik untuk memusnahkan ,celik untuk menjarah, celik untuk membunuh, maka hilanglah erti kemaafan, erti kasih sayang,
Kembara Di Bumi Para Anbia ..Quneitra
Quneitra (also Al Qunaytirah, Qunaitira, or Kuneitra; Arabic: القنيطرة) salah sebuah wilayah di Barat Daya Syria, lokasi GPRS adalah 33°07′32″N 35°49′26″E , Pada awalnya ianya merupaka Wilayah Syria yang diwarisi dari Empayar Ottoman, disebabkan ianya terletak Di lembah Bukit Golan, bersempadan Palestine yang sekarang dijarah oleh Israel, pada 10 Jun 1967, akibat dari kesan Perang 6 hari Ataupun Epik Perang "Yom Kippur" wilayah ini terletak di bawak taklukan Israel, namun pada 1973, Tentera Syria telah menawan kembali wilayah ini, dan hampir keseluruhan wilayah ini hampir musnah hanya tinggal kesan peperang kalah jadi abu menag jadi arang,
dan sekarang wilayah ini ditadbir di bawah perjanjian gencatan senjata oleh United Nations Disengagement Observer Force (UNDOF) Zone, antara kerajaan Syria Dan Israel, PBB telah mengkritik hebat Israel kerana menghancurkan kawasan ini dan Israel mengkririk kembali Syria kerana tidak membangunkan Wilayah ini,aku coretkan kembali mengapa kawasan ini menjadi rebutan, sebelum ini aku pernah menulis bahawa wilayah ini merupakan tanah yang subur,penempatan yang strategik, dan merupakan kawasan tadahan air, sepertama kali aku menjejakkan kaki ku disini ,aku termangu takjub melihat keindahan bumi ini seperti Sebuah Syurga Dunia

Lihat sahajalaj Air Sungainya yang jernih mengalir
Maka lihat sajalah mukabuminya yang luas terbentang,
Dan Kutatapkan Keindahan tanamannya yang subur menghijau, membuatkan aku sayup terkenang akan tanahair dan akan kesudahan tempat ini yang indah tetapi dipenuhi api dendam dengan sikap tamak haloba manusia yang akan memusnahkan segala keindahan dan kedamaian disini
ini merupaka kawasan empangan yang menempatkan sumber minuman untuk warga Damascus, ada seorang Orientalis Barat pernah menulis perihal bukunya ,yang aku sudah terlupa akan tajuk dan namanya, ia mengatakan bahawa parang pengembara , pelawat ataupun penziarah yang kali pertama melawat Bumi Syria jika mereka meminum air dari sungai atau pun mana mana sumber , maka mereka akan datang kembali disini untuk ziarah seterusnya, kerana bumi Syria menerima mereka sebagai tanda bersahabat dengan alam yang indah ini,

Subscribe to:
Posts (Atom)