Thursday, 14 January 2010
Kembara Dibumi Anbia,..soldadu tua...
semasa kembara disana aku sempat bertemu dengan seorang
veteran perang syria..berceritakan mengenai perang 6 hari ...
perang antara dunia arab dan israel....atau lebih dikenali didunia ini
sebagai sebuah epik sejarah perang "Yom Kippur" didalam didunia arab dikenali sebagai "Ḥarb al‑Ayyam as‑Sitta" ..
.manakala dibahagian israel "Milhemet Sheshet Ha‑Yamim"..dunia arab dipimpin oleh
ex-Kolonel Gamal Abdel Nasser menentang Isreal defence force dipimpin oleh
Jeneral Yitzak Rabin dan Mejar Jeneral Ariel Sharon..si penjenayah perang shatilla dan shabra...
dia sempat bertanyakan kepada aku,..adakah negara aku pernah terlibat dalam perang...
nah lalu ku jawab..kami pernah berkonfrantasi bersama jiran kami,...tetapi diselesaikan melalu rundingan
ya.... pernah diperangi dan memerangi komunis,..perang berlanjutan berpuluh tahun, sehingga ada antara kami semakin tua dan bosan dengan peperangan ideologi ini dan bersetuju menamatkannya pada tahun 1989...
dia menunjukkan gambarnya..seorang anggota pasukan tentera udara,...dan dia berwawancara bagaimana peperangan itu telah mengubah Geo-Politik Timur tengah...perang dimana selama 6 hari berturut turut bedilan ,tembakan dan sebagainya tidak berhenti....memusnahkan harapan dan segala erti kehidupan...namun perang itu jua menjodohkan dia dengan isterinya...
setelah penat berbicara, lalu sebelum melangkah pulang,di hulurkan tangannya kepada ku sebagai tanda penghormatan sesama umat yang berbeza jarak umur , lalu kuhulurkan tanganku ..lantas dia mencium tangan ku,sesuatu yang janggal ditanah air ku jika si tua berbuat begitu pada yang muda..
dia berterima kasih kepada ku kerana sudi mendengar kisah perangnya....dan aku berterima kasih kembali kerana sudi menceritakannya ..dan aku jawab jika ada umur panjang mungkin kita akan bertemu lagi...dan bercerita tentang epik perang yang lain...entahlah....
lalu ku perhatikan langkahnya yang tempang, ketempangan itulah hadiah pengorbanannya terhadap apa yang dipercayainya semasa jiwanya muda dan gagah... namun dia terus melangkah meninggalkan igauan perangnya,meninggalkan aku....yang termenung jauh....
Tuesday, 5 January 2010
Selamat Jalan rakan Ku...
Kepada Saudara Mendiang Augustine Paul
Ku ucapkan Selamat Meninggalkan Dunia,
segala jasa budi baik mu akan di kenang sekalian umat manusia yang masih hidup
Jika Mungkar dan Nangkir menyoal kamu di dalam kubur kelak
"marrob buka"...yakni siapa tuhan kamu
maka janganlah kamu menjawab
"irrelevant @ Tak Relevant"
nescaya terseksa la kamu....
Subscribe to:
Posts (Atom)