Wednesday 30 September 2009

Aku Sebatang Tiang Lampu




AKu Yang menerangi kamu
ini lah kisah yang akan ku puitiskan
tentang aku yang banyak berjasa pada kamu
namun tidak diendah diam membisu

aku tetap menerangi sekian alam
kata sesetengah orang, aku diperah sehabis tenaga
setelah untung dihitung,
namun rugi berayun ayun yang diberitakan


terus layu bagaikan dedalu
lesap dimamah parasit

sini jua mereka yang meningkat dewasa
memadu cinta dan asmara yang dalamnya sedalam perigi buta

akulah saksi segala galanya

dulu ada kisah perihalku yang diceritakan oleh orang politikus
mengisahkan seorang yang cukup gagah nafsunya...
hingga dihikayatkan kalau aku di"makeup"kan dan di "skirtkan"
akan dibantai jua lah aku

sudah nasib ku menjadi bahan umpatan
namun aku banyak berjasa kepada kamu
terutama mereka yang hatinya gelap gelita...

cubalah kamu rasakan apa yang aku rasakan
berdiri kaku dan terus kaku...
itulah aku..si tiang lampu

Saturday 19 September 2009

selamat hari raya aidilfitri

selamat hari raya,maka dengan ini tamatlah perjuangan kita menentang hawa nafsu......

Anak ayam naik lori
Selamat hari raya aidilfitri


Maaf zahir dan batin

Friday 18 September 2009

Cosa Nostra...

Perang Besar Dua Keluarga Diraja…


Oleh AU YEONG HOW
KUALA LUMPUR: Cucu kepada Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang ke-10, Tuanku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar tengah hari Rabu menuntut pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap Raja Muda Johor, Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar Tunku Ibrahim yang didakwa menculik, menyerang dan menahannya tanpa kerelaan pada awal pagi 25 Oktober tahun lalu.
Menurut Tuanku Nadzimuddin, beliau telah diserang oleh Raja Muda Johor dengan sepucuk pistol di bahagian muka dan kepala sehingga beliau mengalami keretakan pada tulang hidung dan kecederaan serius yang lain.
“Selepas 11 bulan, Raja Muda Johor dan pengawal peribadinya belum lagi didakwa di mahkamah untuk menghadapi tuduhan mencederakan saya dengan sepucuk pistol.
“Mereka juga belum didakwa menculik dan menahan tanpa kerelaan saya,” katanya dalam satu sidang akhbar yang turut dihadiri bondanya, Tunku Dara Naquiah Tuanku Ja’afar.
Tunku Dara Naquiah adalah puteri kepada Almarhum Tuanku Ja’afar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman. Kedua-dua Almarhum Tuanku Ja’afar dan Tuanku Abdul Rahman juga pernah menjadi Yang di-Pertuan Agong.
Tuanku Abdul Rahman adalah Yang di-Pertuan Agong yang pertama dan potret baginda menghiasi kesemua mata wang kertas negara.
Isu berhubung insiden ini hanya muncul sekarang kerana difahamkan kedua-dua belah pihak cuba menyelesaikannya melalui peguam masing-masing.
Menurut Tuanku Nadzimuddin, ekoran insiden tersebut, beliau telah membuat satu laporan polis di Balai Polis Dang Wangi pada 26 Oktober 2008 dan mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur.
Bagaimanapun, beliau kecewa kerana selepas laporan polis dibuat, tiada apa-apa tindakan diambil sehingga ke hari ini.
“Apa yang boleh saya simpulkan ialah tiadanya tindakan diambil untuk mendakwa pihak yang telah mencedera dan menahan saya tanpa kerelaan. Polis pernah memberi jaminan akan melakukan siasatan secara adil tanpa rasa takut atau pilih kasih.
“Saya juga dijamin semua orang adalah tertakluk kepada undang-undang dan penyerangnya akan dihadapkan ke mahkamah untuk menghadapi dakwaan. Bagaimanapun, saya telah dan terkejut tiada apa-apa tindakan diambil sehinggalah ke saat ini,” katanya.
Mengulas lanjut, Tuanku Nadzimuddin memberitahu, beliau berada di Kelab Heritage Mansion dengan teman wanitanya (kini telah pun menjadi isterinya) untuk menemui kawan-kawan mereka.
Menurutnya, ketika berada di situ, kawan-kawannya telah diserang oleh beberapa orang yang mendakwa diri mereka adalah pengawal peribadi Raja Muda Johor.


Cucu kepada Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang ke-10, Tuanku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar menunjukkan gambar kecederaan yang dialaminya selepas didakwa diserang oleh Raja Muda Johor, Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar Tunku Ibrahim pada 25 Oktober tahun lalu – foto THE STAR oleh RICKY LAI

“Dua kawan saya cedera. Pengawal kelab menghentikan serangan tersebut. Kami beredar meninggalkan kelab tersebut. Saya dipanggil oleh seseorang yang tidak dikenali mendakwa Raja Muda Johor ingin berjumpa dengan saya di Hotel Crowne Plaza, Jalan Sultan Ismail untuk meminta maaf.
“Saya bersama dengan teman wanita dan kawan-kawan saya termasuk yang cedera pergi ke situ,” ujarnya.
Tuanku Nadzimuddin berkata, mereka tunggu di lobi hotel tersebut sebelum beliau diculik di lif hotel Crowne Plaza Mutiara dan diacukan dengan pistol.
“Apabila berada dalam lif, Raja Muda Johor telah memukul saya di muka dan kepala dengan sepucuk pistol. Raja Muda Johor juga menghalakan pistol itu ke kepala saya. Kawan saya yang berada di lif pula dipukul sehingga pengsan.
“Apabila lif itu berhenti di tingkat 25, kami dipaksa memasuki sebuah bilik. Saya melihat kawan saya itu ditarik masuk ke satu bilik dan dibiarkan pengsan di atas lantai,” katanya.
Menurut Tuanku Nadzimuddin, mereka ditawan di dalam bilik tersebut oleh pengawal-pengawal pribadi Raja Muda Johor sehinggalah bondanya, Tunku Dara Naquiah Tuanku Jaafar ditemani ayahanda saudaranya, Tunku Panglima Besar Tunku Nadzaruddin Ibni Tunku Jaa’far menyelamatkan mereka bersama empat pegawai polis.
Ketika ‘gerakan menyelamat’ itu dilakukan, Tuanku Nadzimuddin berkata, Raja Muda Johor telah pun meninggalkan hotel berkenaan.

Akhirnya Rakan Ukhwah Ku Tumpas Jua

En.Nordin Mat Top, Din Moch Top, Muh Top, Mat Top, @ Moneyman, akhirnya tamat jua segala epilog kamu,

Semua ini berlaku secara drastik kerana khabarnya ada ura-ura Abng Tiri kamu Si Obama
hendak melawat rumah lamanya,

maka dengan itu segala pembersihan dan pencucian haruslah dijalankan....

Selamat jalan Wahai Komrad Ku

Selamat Meninggalkan Dunia

Thursday 17 September 2009

Selamat Jalan Patrick Swayze, Selamat Jalan Mary,


Selamat jalan Patrick Swayze, walaupun aku kurang menonton filem-filem kamu







Selamat jalan Mary Travers,






trio Peter, Paul and Mary,



akan sentiasa ku ingat lagu lagu mu, yang menjad siulan demi siulan dari generasi dahulu dan seterusnya,

akan terus ku mainkan jika jiwa ku ingin berevolusi

Selamat jalan wahai Mary Travers......

Hold me like youll never let me go
cause Im leavin on a jet plane
Dont know when Ill be back again

kembara padang pasir di Jabbal Bloudant







nah kiteka gambar ini diambil aku berada di Jabbal Bludant,....Jabbal bermaksud Bukit, mengingatkan aku karektor filem STAR WARS, Jabbal the Hut...mungkin badannya yang besar macam bukit membuatkannya digelar sebegitu,...terkenal dengan pusat peranginan,ketika aku datang, langit kelihatan mendung,..aku menyangkakan yang hujan akan turun, tetapi lain pula yang hinggap diatas kepala ku,setelah kuamati, kalau di tanah Air, seakan akan ais yang telah di Kisar oleh "mamak Cendol". tinggal ku kira meletakkan bahan lain sahaja seperti jagung, sirap, kacang , agar agar dan sebagainya,.tapi begitulah rupa salji yang sebenar, ais yang telah di kisar.....tempat ini terletak betul betul diatas bukit,tidak banyak pusat pelancungan,diatasnya melainkan dibawahnya,kepala ku sedikit pening akibat pancaran cahaya matahari yang memantul dari salji ini, aku baru sahaja 2 jam berada diatas bukit ini, kepalaku sudah berpusing sekelian alam,memang agak meletihkan bergerak didalam salji ini, bayangkan mereka yang berada di Kutub Utara,.

Nah Ini Kisah Sepatuku...(Cerita ini tiada kena mengena dengan persidangan MIC


Nah ini sepatu raya ku yang setia
bertahun berkhidmat dengan ku
ku kisahkan selama mana ia berkhidmat dengan ku

bermula di mana Nelson Mandela menjadi President Kulit Hitam yang pertama di Afrika Selatan

Kurt Cobain membunuh dirinya

Gencatan senjata antara Jordan Dan Israel

Michael Schumacher baru memenangi tempat pertama perlumbaan F1

Jurucakap Semua bangsa adalah Boutros Boutros-Ghali

Waktu itu John Gotti Sedang Dibicarakan,Saddam Hussein Masih Berkuasa

Mereka Belum Kenal Siapa Taliban,Siapa Osama Bin Laden

Gerakan reformasi masih Belum Wujud, Atlantuya Masih Dibawah Umur

Masa itu "Arwah" Micheal Jackson masih hidup dan sedang bertukar kulit

Intel Mengeluarkan Chip yang pertamanya, motherboard paling pantas 386, OS paling canggih windows 3.1

Yasser Arafat masih hidup dan bersalaman dengan Yitzak Rabin dan Disaksikan oleh Bill Clinton

Pablo Escobar Ditembak Mati Oleh Polis Columbia

Hong Kong masih dipajak pada British

DVD Baru hendak diperkenalkan



Tetapi sepatu ini setia berkhidmat pada tuannya, mengekori menyeberangi segala hutan hujan tropika,apatah lagi meronda dan menapak dihutan batu, menggelongsori ribut salji, dan mengharungi padang pasir yang terik


Pada 16.9.2009 Merupakan Hari Angkatan Tentera
Semoga terus Maju Dan Gagah Setia

Tanniah Untuk Warga Mexico



Semalam pada 15.9.2009 aku mendapat undangan menghadiri hari kebangsaan Mexico yang enteh keberapa,Terima Kasih Ku Ucapkan pada Para Amigo's

VIVA LA MEXICO..HOMBRE..HOMBRE

Tuesday 15 September 2009

Raya Raya...dan Raya Lagi

Raya ini mebuatkan aku termenung jauh, mengenang segala yang telah memoir yang terlepas, terutama waktu tengah membesar, waktu itu menunggu musim raya ini sesuatu yang menyeronokkan,menunggu waktu berbuka sesuatu yang menyeronokkan berbanding menunggu waktu sahur, aku teringatkan betapa seronoknya berbuka bersama kaum keluarga, kadang kala bersama rakan, tetapi ada ahli keluarga aku dan rakan yang telah tiada, ada yang sudah meninggal dunia, ada yang meninggalkan tanah air tersebar merata tanah air dan muka bumi ini, hanya tinggal secebis memoir yang kadangkala membuat aku merenung jauh kebelakang,

Tak banyak yang aku boleh fikirkan, ketika aku kecil aku tikdak boleh campur untuk duduk dengan orang yang berpuasa, ada tempat khas untuk aku, duduk di tangga yang ada palang seakan akan penjara, membeli belah merupakan sesuatu yang dinantikan, boleh lah bergaya dengan memacam pakaian, apatah lagi jika beraya dah tentu poket penuh dengan syiling dan ringgit,yang akhirnya ditukar dengan bekalan mercun ,waktu itu tiada PS2,PC merupakan sesuatu yang elit,

Yang ada haya pergi ke Pekan, untuk menonton wayang, ntah cerita apa, GSC,Grand Brilliant waktu itu belum lagi di register syarikatnya,selepas tu melepaklah di tempat yang dikira boleh jadi shopping complex, ..yang sekarang kebanyakannya telah menjadi ruang pejabat

Bila meningkat dewasa sedikit, hari raya merupakan hari yang boleh melaram,pakaian yang berjenama, pada rerakan yang baru berjinak-jinak ada 'Girlfriend" aku pon tumpang skali beraya, walaupon kadang kadang kena tak dilayan, ah itu biasalah, aku kadang kadang suka saja tengok mereka berpakaian yang mengasikkan pada hari raya, sekadar cuci mata...aku sukakan "Feel",maklumlah waktu itu aku baru nak meningkat dewasa ,melihat gadis gadis yang berpakaian ayu dan berwangian, tersenyum sampai ketelinga aku dibuatnya,

Bila soal makanan , tak banyak bezanya dengan sekarang cuma lokasi bazar ramadan telah beberapa kali bertukar tempat,kadang kadang aku lihat penjualnya dan beruban dan tua,ada yang masih aku cam lagi, ada yang dah bertukar dari 1 generasi ke generasi seterusnya,

tempat tumpah darahku pun dah banyak berubah, yang estet sudah ada bangunan tinggi,jalan yang kecil jadi lebar, ala rumh yang terpaksa dirobohkan untuk menjadi laluan,tempat aku "pot" dulu pon dah tiada, habis dimamah waktu,

Masa pon dah lama berlalu, ada yang masih aku cam, ada yang aku tidak cam, perlahan-lahan aku menyusuri laluan yang pernah aku lalui, generasi aku seterusnya akan melalui dan merasai apa yang pernah aku lalui, mungkin ada sedikit perbezaan, dan cara mereka mengenang segala memoir,

Thursday 10 September 2009

Contoh Surat Tidak Rasmi Terbaik







Ini merupakan contoh surat tidak rasmi terbaik, sesuai untuk mereka yang ingan "Target" 9A dalam Peperiksaan yang akan datang

Contoh karangan terbaik untuk Skor 9A Dalam SPM








contoh contoh surat pengakuan AFIDAVIT ,contoh karangan terbaik dan patut dijadikan contoh untuk mereka yang nak ambil JULy Paper, calon return SPM, dan percubaan SPM sekaligus membolehkan dan mencerahkan peluang mendapat 9A

Cerita Kepala Lembu , Taik lembu dan bodoh macam lembu




Ada Apa Dengan Kepala Lembu?
Dulu, masa di Jordan ada dua orang budak perempuan Melayu. Tinggal sebelah rumah gua. Mereka berkawan baik. Berasal dari Melaka.

Dua orang budak ini, ada satu yang sangat menghairankan tentang mereka. Apabila lalu di depan gereja besar di Mafraq, mereka memalingkan muka. Macam takut nampak hantu. Apabila terlihat lambing salib, mereka akan berpaling. Apabila terlihat Pope John Paul di televisyen, mereka akan menukar siaran.

Semasa bekerja di KL dulu, setiap hari Jumaat gua akan ke masjid Sri Petaling. Selain untuk solat Jumaat, di situ ada satu gerai nasi beriani yang power. Jika hari Jumaat tanpa nasi beriani, gua rasa macam kurang lengkap. Tapi itu cerita lain, walaupun gua dah berangan nak sembahyang Jumaat kat situ masa balik sebulan nanti.

Kali pertama ke masjid Sri Petaling ialah sekitar penghujung 2001. Gua hanya pernah mendengar nama tentang masjid yang didirikan oleh jemaah Tabligh, melalui dana kutipan sendiri. Apabila ke sana gua rasa kagum. Masjid yang besar dan luas itu satu factor, tapi lokasi masjid itu sendiri membuatkan gua rasa kagum.

Bagaimana sebuah masjid sebegitu besar, yang setiap minggu menjadi tumpuan para jemaah Tabligh, yang setiap bulan menjadi tempat perkumpulan mereka bermesyuarat dan kadangkala setahun sekali akan mengumpulkan puluhan ribu manusia – boleh didirikan di tengah-tengah kawasan komuniti Cina. Lebih mengujakan, bertentangan dengan masjid itu pula ada sebuah hotel. Terdapat restoran makanan Cina di bawah hotel tersebut dan seluruh Sri Petaling itu majoritinya adalah kedai milik kaum Cina. Kecuali sebuah restoran Arab dan kedai kurmanya serta beberapa buah restoran mamak dan sebuah warung tomyam 24 jam.

Jika ditinjau pula kawasan perumahan di Sri Petaling, gua rasa hampir 90 peratus adalah milik kaum Cina walaupun gua tidak pasti taburan sebenar. Sepanjang 7 tahun di Astro dulu, hampir keseluruhan kawasan Sri Petaling sehinggalah ke Taman OUG ke Jalan Klang Lama telah gua terokai. Bahkan wife gua jugak mengajar di OUG. Memang tiada masjid, kecuali masjid Sri Petaling. Paling hampir ialah di Jalan Klang Lama. Dan kalau hari Jumaat, mereka yang memeriahkan masjid itu adalah golongan pekerja, yang bukannya tinggal di Sri Petaling. Tapi bukan bermakna tiada penduduk beragama Islam cuma mereka adalah minority.

Pada sambutan Aidilfitri tahun lepas, masjid Sri Petaling mengadakan rumah terbuka a.k.a open house dengan slogan menu dari seluruh dunia untuk semua bangsa. Paling ramai yang datang ke masjid ialah para penduduk setempat, majoritinya bangsa Cina yang dengan penuh rasa hormat juga makan secara berasingan kerana masjid itu menyediakan tempat makan khusus untuk lelaki dan wanita. Rupanya AJK masjid mengedarkan flyer ke rumah-rumah penduduk sekitar menjemput mereka menghadiri open house sempena hari raya dan itu bukanlah kali pertama kerana ia telah diadakan saban tahun.

Kadangkala, sehingga ke hari ini gua masih lagi mengkagumi Sri Petaling dan penduduk sekitarnya. Kadangkala sehingga ke hari ini juga gua seringkali tertanya bagaimana sebuah masjid yang sebegitu besar boleh didirikan di kawasan majority penduduk Cina? Bagaimana sebuah masjid yang menjadi “punca” kesesakan jalanraya setiap hari Jumaat tidak mendapat sebarang bantahan penduduk setempat, atau pun pengusaha hotel itu contohnya? Perlu diingat juga, komuniti di Sri Petaling tidak pelik dengan lelaki muda yang berjubah dan berserban membawa tongkat kayu atau pun dengan wanita yang berpakaian serba hitam dan berpurdah. Itu adalah pemandangan biasa buat mereka dan kesemuanya akan selesa berurusan sesama sendiri. Masjid Sri Petaling itu telah menjadi sebahagian daripada komuniti setempat. Bahkan dewan komuniti Sri Petaling yang menjadi tempat pelbagai kegiatan penduduk setempat juga adalah kawasan yang connected dengan masjid itu sendiri.

Gua rasa satu hari nanti gua ingin menjemput dua budak perempuan yang pernah menjadi jiran gua di Jordan dulu untuk bertandang ke Sri Petaling dan masjidnya. Juga makhluk Tuhan di Shah Alam kelmarin yang sanggup “diperbodohkan” mengarak kepala lembu. Satu penghinaan bukan sahaja kepada kepercayaan satu agama lain, tapi juga kepada makanan kerana lidah dan otak lembu itu masih boleh dimasak untuk habuan perut mereka sendiri.

cerita ini kudengar dari rakan ku "babazahra" orang jelebu yang sukakan musik blues

Kembara negeri Padang Pasir











AKu memanjangkan langkah ku, kesebuah wilayah berdekatan bandar Bakh'a dan Jubb'adin, melalui celah celah gua dimana agama nabi Isa di kembangkan,penduduknya masih bercakap bahasa yang digunakan oleh nabi isa iaitu Aramean..,tak banyak yang aku boleh catatkan ketika ini,aku terpaksa melalu celah celah batu yang sejuk, tangah ku bergetar,terlalu sejuk untuk segalanya, cuma ada terjumpa seorang pak Arab yang menjual kekacang, terpandang misainya yang tebal aku teringat akan kisah penyapu...

Wednesday 9 September 2009

Cerita batang Penyapu..kisah semi benar...


Kisah benar pengakuan seorang gadis...

ceritanya begini, adik adalah seorang gadis yang meningkat remaja,keremajaan adik terserlah dan membuatkan 1 kampung tergila bayang,dari yang muda yang yang tua, semua cuba memikat adik, tetapi sebagai seorang yang menjaga perwatakan, adik tidak melayan semua itu, nak dipendek kan cerita adik ni dah bosan dengan gelagat orang orang kampung yang tak abis abis cuma memikat adik, nanti orang kata adik ni suka mengacau rumah tangga orang lain pulak

Adik pon dah bosan dengan gelagat orang kampung ni atas nasihat rakan rakan dan keluarga, mereka suruh adik bekerja memandangkan adik ni tak berapa pandai dalam pelajaran,maka dalam 1 hari ,adik telah berjaya mendapat pekerjaan di sebuah kilang dihujung kampung, kilang membuat penyapu,kerja adik mudah saja, tiap tiap ari adik test bulu penyapu penyapu yang ada kat situ sama ada ok,tercabut atau tak,

bekerja la adik sing dan malam, adik tak kisah sangat, pasal kerja check bulu penyapu ni,janji halal, selang beberapa bulan, adik terasa ada 1 perubahan dalam diri adik, adik pon tak tahu dari mana puncanya,adakah jangkitan, terkenan atau pon allergik oleh sebab sebab tertentu, di beberapa badan adik tumbuh rerambut yang seakan bulu penyapu yang adik tengok setiap hari, puas la adik potong,tumbuh jugak makin lama makin banyak.

Puas la adik berfikir mesti ada sangkut paut dengan pekerjaan adik yang lakukan selama ini, pada suatu hari adik dah tak tertahan oleh fenomena ini,adik akan berhenti kerja untuk mengelakkan benda ini dari melarat maka, adik pon jumpalah penyelia kilang itu dibiliknya.

Adik pon melangkah masuk, berjumpa penyelia dan menyatakan hajat untuk berhent kerja,
penyelia terperanjat "kenapa,ada sesuatu yang adik tak suka",..pada mulanya adik malu lau nak bagi tau apa masalah,tapi adik tekad kan hari, adik berkata "Bukan begitu encik, saya ada penyakit yang berjangkit,kalau saya teruskan akan memudaratkan, penyelia bertanya "penyakit apa", adik menjawab "begini encik semenjak saya diletakkan dibahagian QA, kerja saya asik membelek bulu penyapu sama ada tercabut atau tidak, sekarang ada tempat tempat tertentu pada pada saya dah terkenan dengan bulu penyapu ni, lagi potong lagi bertambah"

Sipenyelia kehairanan tidak percaya, "macam mana boleh jadi begitu, kalau ada bukti tunjukkan lah"

maka adik dengan tanpa lengah lagi pun menunjukkanlah tempat yang ditumbuhi oleh bulu penyapu,diangkatnya kain, "nah nampak tak "

Maka Sipenyelia pon tersenyum seraya berkata, "oh itu perkara biasa, saya pon ada, dibukaknya zip seluarnya, "nah katanya"

Adik pon tergamam, kata penyelia "bukan bulu penyapu saja, dengan batang batang penyapu sekali ada"

Maka Adik larilah tunggang langgang meninggalkan Kilang penyapu itu....



Moral Cerita

Bulan Posa jangan buat benda tak senonoh dan jangan selalu main-main dengan penyapu

Sang Gurkha...



Semalam aku melawat rakan sejawat ku, di Wisma apa ntah aku pon dah lupa di Bukit Bintang,seperti biasa kena melepasi kawalan keselamatan, cuma menjadi tanda tanya pada aku, Sang Pengawal ini adalah Sang Gurkha dari pergunungan Himalaya,....meminta IC aku,...aik..sejak bila negara ni dijajah oleh Sang Gurkha dari Himalaya,..satu rumpun dengan Atlantuya of Mongolia,....

Ku enggan berikan "ketepeng" ku..,..ku tunjuk Buku 5, pantang anak melayu dicabar, alang alang seluk pekasam biar sampai ke pangkal J@B@R, dan datang segerombolan lagi..berbaris, nampaknya tugas sang saka biru lambat laun akan diambil alin oleh sang gurkha ini, lihat sapa yang paling power

Tuesday 8 September 2009

Mari berpuasa


Kadang kala puasa ini membuatkan aku lagi bertambah malas, segala galanya terlajak,mungkin aku tak menghayati erti puasa yang sebenar, aku ni diambang kesesatan lagi,tak mengapa ku coba baiki...

Al kisah di tanah arab



Masyarakat disini macam arab yang lain,berakal,di akal-akal, dan kena akal, awas jangan terlalu memandang rendah, atau terlalu mempercayai mereka,.tapi kulihat soal keselamatan disini tinggi, sehinggakan nak masuk ke lapangan terbang pon diperiksanya dan dirabanya,entah apa yang di cariknya,

sektor perkhidmatan memang membuatkan aku kadang kala nak menangis melihat kebebalannya
tetapi setelah ku amati, memang ada sebab mengapa mereja jadi sebegini,katakan ganjaran untuk menjadi seorang pendidik di tanah air, aku kira cukup lumayan disampang beban yang mereka tanggung,tetapi disni ganjaran seorang pendidik sama upetinya dengan seorang minah indon pembantu kedai, di tanah air, Waduh....bayangkan korupsi kurapan cukup terang terangan, walaupon banyak mato-mato@spyleman@matbond@mukhabarat@gestapo@sprm

nah ada sekali supir ku kemalangan, sipenyondol ala ala tapir menyondol dari belakang, kalau di bumi sendiri yang menyondol ala ala tapir la yang bersalah, tapi maklumlah pemandu disini,mana ada pakai sangat akta pengangkutan jalan,dikatanya supir aku yang salah berhenti mengejut ditengah jalan,maka bergaduhlah 2 lebai arab ini disini ditengah jalan dengan aku yang kesejukan,

maka datanglah pengawal kuda puteh,kalau ditanah air itulah panggilannya disini aku pon tak tau,kusuruh supirku terjemahkan perkara ini,aku pikirkan dapatlah bantuan tapi lain jadiknya,diarahkannya aku ketepi,katanya dia sibuk mengawal lalu linstas yang kukira tanah air aku lagi sesak,dipanggilnya supir ku dan lebai arab mangkok tadi,kesebuah bengkel kereta berdekatan,disuruhnya aku bayar sendiri mana yang rosak.

baru aku tahu, kereta disini entah ada insuran entah tidak,kalau ada insuran mau bungkus syarikat insuran seperti bungkusnya roti falapel,dan kepada peniaga dan jurujual insurans, janganlah coba coba nak mengembangkan empayar insuran mu disini

nah aku tidak mahu terlibat dalah kancah sesesatan lagi menyesatkan ini,kupanggil empunya kenderaan biar mereka selesaikan, maka dalah 3 lebai arab bertekak sealan kisah filem 3 sekawan kaler hitam putih yang cukupmpepular dlam tahun 50an dahulu

kepalaku pening sepening bulatan "roundabout" hasata rais di jaramana..

makanan eksotik padang pasir






nah kupaparkan makanan masyarakat arab yang cukup eksotik pada ku...dari Shawarma,falapel..nasi mandy yang lazat tak terkata hingga ke lauk kepala unta dan kepala kibas,..kali pertama kutatap wajah kibas yang bertuah dijadikan hidangan ini, terkejut aku..rasakan kejutan budaya..terkejut melihat lidahnya yang terjelir, mungkin akibat kesakitan dan penyiksaan yang keterlaluan semasa didalam periuk...tak berani kusentuh semasa pengenalan kali pertama..tetapi setelah ulangan kali kedua..perasaan ingin tahu menguasai segenap otak ku...kali ini aku bsersama saddiq senegara ku....baru aku tau betapa nikmatnya juadah ini,...

kenikmatannya membuatkan aku terawang-awang buat seketika..nah ku coretkan serba sedikit kenikmatannya

seperti pemadat mendapat candu
seperti sikutty mengunyah sireh

seperti sipenjudi menang judi

seperti ADUN/MP menang election

seperti mat rempit lepas dari sekatan jalanraya

seperti kaki todi mendapat vodka,brandy,wishky,rum, Gin & tonic,Tequila, Burboun dan sebagainya

kuterangkan pada bahagian mana yang menikmatkan
pertama sekali pada telinganya yang lembut
keduanya pada bahagian lidah dan yang bersambungan...
dan yang lain pada pipinya...

atas kepuasan inilah membuatkan aku ketagihan, ingin ku coba lagi..jika masa mengizinkan...

takkan kulupakan hidangan ala BARBARIAN ini...